UNIDRAMA Logo
UNIDRAMA Hero Banner
Terma & Syarat Seeni X Remaja Unidrama
  1. 1. Kelayakan

    Penyertaan terbuka kepada semua penuntut universiti / kolej Malaysia (awam / swasta).
    Penyertaan berpasukan perlu mempunyai minimum tiga (3) dan maksimum sepuluh (10) ahli.
    Semua ahli pasukan haruslah pelajar berdaftar sepenuh masa atau separuh masa.

  2. 2. Hasil Yang Perlu Dihantar & Marketing

    Setiap kumpulan mesti menghasilkan satu (1) drama bersiri pendek vertikal yang original sebanyak 10 episod, setiap episod berdurasi 2–3 minit, dirakam dalam format menegak (9:16). Drama mestilah original, tidak pernah diterbitkan di mana-mana platform, dan tidak pernah dihantar ke mana-mana pertandingan.

    Tema mestilah relevan dengan pelajar, mampu menyentuh emosi, dan sesuai untuk tontonan umum.

    Dialog mestilah menggunakan Bahasa Malaysia sebagai bahasa utama atau bahasa lain dengan pilihan sari kata dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris.

    Setiap episod perlu dihantar melalui YouTube playlist yang tidak tersenarai (unlisted).

    Setiap pasukan perlu menyediakan bahan marketing yang merangkumi:

    • 1 poster drama
    • Teaser 10 saat
    • Promo drama berdurasi 30 saat
  3. 3. Eksklusiviti Drama

    Setelah dihantar, kandungan yang dihasilkan mestilah eksklusif kepada platform seeNI selama 12 bulan bermula dari tarikh penerbitan.

    Sepanjang tempoh ini, kandungan tidak boleh diterbitkan, ditayangkan, atau diedarkan di mana-mana platform lain (termasuk YouTube, TikTok, atau festival) tanpa kebenaran bertulis daripada seeNI.

    Selepas tempoh eksklusiviti tamat, pasukan dibenarkan untuk menggunakan semula atau memuat naik semula kandungan tersebut dengan syarat memberikan kredit penuh kepada seeNI sebagai platform asal.

    Sepanjang tempoh eksklusiviti:

    • Kandungan tidak boleh dihantar ke pertandingan lain, platform, atau tayangan tanpa kebenaran bertulis daripada seeNI atau Nu Ideaktiv Sdn Bhd.
    • Pasukan perlu menghantar permohonan rasmi melalui emel yang menyatakan tujuan, nama platform / pertandingan, serta tarikh penggunaan.
    • seeNI berhak meluluskan atau menolak permohonan tersebut berdasarkan kandungan dan kesesuaian jenama.
  4. 4. Sokongan Produksi

    Setiap pasukan yang terpilih akan menerima geran produksi sebanyak RM4,000 untuk tujuan penggambaran dan penyuntingan.

    Pasukan wajib menghantar perincian bajet serta bukti perbelanjaan produksi sebelum projek selesai.

    Sebarang kos tambahan melebihi jumlah geran yang diberikan adalah tanggungjawab pasukan peserta.

    Mana-mana pasukan yang gagal menyiapkan projek ini akan disenaraihitamkan dan dikenakan tindakan penalti.

    Garis Masa Pembayaran Geran Produksi:

    Milestone 1: RM800 Setelah pendaftaran peserta diterima dan proses Permulaan Projek (Project Kick-Off) dimulakan.

    Milestone 2: RM1,200 Setelah peserta mengemukakan pengesahan penyertaan dan memulakan proses produksi (Fasa Produksi).

    Milestone 3: RM1,200 Setelah penyerahan episod pertama dibuat (Fasa Pasca-Produksi).

    Milestone 4: RM800 Setelah semua bahan penyerahan diselesaikan sepenuhnya selepas tamat pertandingan (Penyiapan Projek).

  5. 5. Hak Milik & Hak Penggunaan

    Pasukan pelajar mengekalkan hak pemilikan kreatif terhadap projek drama yang dihantar.

    Namun dengan menghantar penyertaan ke seeNI X Remaja UniDrama, peserta bersetuju memberi hak bukan eksklusif kepada seeNI dan Nu Ideaktiv Sdn Bhd untuk:

    • Menayangkan, mengedarkan, dan mempromosikan kandungan di semua platform digital dan media sosial rasmi seeNI.
    • Menyunting atau mengadaptasi kandungan bagi tujuan promosi (dengan mengekalkan konteks asal serta memberikan kredit).
    • Menggunakan drama atau sebahagian daripadanya untuk tujuan pendidikan, komersial, atau publisiti.
    • Drama hendaklah kekal eksklusif di platform seeNI selama 12 bulan dari tarikh penerbitan pertama.
    • Hak milik kekal kepada seeNI.
  6. 6. Kredit

    Kredit di skrin mestilah disertakan untuk semua penyumbang, termasuk pengarah, penulis skrip, pelakon dan penyunting.

    Drama mesti mempunyai slate pembukaan atau penutup yang memaparkan logo seeNI X Remaja UniDrama (diberikan oleh penganjur).

  7. 7. Garis Panduan Kandungan

    Kandungan tidak boleh mengandungi:

    • Ucapan kebencian, propaganda politik, unsur keganasan, ketelanjangan, atau sebarang bahan yang dianggap menyinggung atau tidak sesuai.
    • Muzik atau rakaman yang tidak berlesen. Peserta mesti menggunakan kandungan asal atau royalty-free.

    Sebarang pelanggaran akan menyebabkan penyertaan dibatalkan dan kandungan dikeluarkan daripada platform.

  8. 8. Garis Masa Projek, Penjurian & Pengundian

    Drama terpilih akan ditayangkan setiap minggu di platform seeNI.

    Pengundian umum akan dibuka dalam tempoh tertentu.

    Pemenang akhir akan ditentukan melalui:

    • Undian umum
    • Penilaian panel juri dalaman berdasarkan kreativiti, jalan cerita, dan kualiti produksi

    Semua penyertaan dan pembentangan pitching akan dinilai oleh panel juri yang dilantik oleh seeNI dan Nu Ideaktiv Sdn Bhd. Kriteria penjurian termasuk (tetapi tidak terhad kepada): keaslian, kreativiti, jalan cerita, kebolehlaksanaan produksi, dan potensi penglibatan penonton.

    Keputusan juri dan penganjur adalah muktamad. Tiada surat menyurat, pertikaian, atau rayuan akan dilayan berkenaan hasil penjurian atau proses pemilihan.

  9. 9. Garis Masa Projek
    • Penyertaan Online: 13 Nov - 12 Dis 2025
    • Pengumuman Kumpulan Terpilih: 13 Dis 2025
    • Penyerahan Geran: 13 - 16  Dis 2025
    • Produksi Drama: 17 Dis - 31 Dis 2025
    • Siaran Episod Bermula (Isnin & Selasa, 2PM): 5 Jan - 3 Feb 2026
    • Pengundian Dibuka (Isnin – Selasa, 2:30PM): 5 Jan - 8 Feb 2026
    • Pemarkahan Juri Profesional: 3 - 5 Feb  2026
    • Pengumuman Pemenang: 11 Feb 2026
  10. 10. Hadiah

    Hadiah (wang tunai atau dalam bentuk lain) akan diberikan kepada pasukan pemenang. Butiran lanjut akan dimaklumkan dalam pengumuman rasmi pertandingan.

  11. 11. Kod Etika

    Semua peserta perlu berkelakuan dengan penuh hormat dan profesional.

    Mana-mana pasukan yang didapati meniru (plagiarisme) atau memalsukan maklumat akan dibatalkan penyertaannya.

  12. 12. Penafian

    seeNI berhak untuk membatalkan atau mengubah syarat program ini pada bila-bila masa dengan notis yang sewajarnya.

    Penyertaan tidak menjamin pemilihan atau penayangan di platform seeNI.

    Keputusan juri dan penganjur adalah muktamad dan mengikat.

  13. 13. Persetujuan

    Dengan menghantar projek drama ke seeNI X Remaja UniDrama, semua ahli pasukan dianggap telah bersetuju dengan terma dan syarat ini.