UNIDRAMA Logo
UNIDRAMA Hero Banner
Apa tu Seeni X Remaja Unidrama?

Cerita Power, Tak Perlu Studio.

seeNI X Remaja UniDrama adalah pertandingan drama vertikal pertama untuk mencungkil bakat hebat dari seluruh Malaysia. Pertandingan ini terbuka kepada semua penuntut universiti awam dan swasta.

10 drama bertuah akan dipilih dan diberikan production cost untuk menghasilkan drama 10 episod berdurasi 2 minit. Setiap episod akan diundi melalui aplikasi seeNI.

Hadiah wang tunai menanti 3 drama yang bakal dinobatkan pemenang!
Jom pitch cerita korang!

Pemenang Bakal Membawa Pulang

Prize RM 5,000

Tempat Pertama

Prize RM 4,000

Tempat Kedua

Prize RM 3,000

Tempat Ketiga

Penyertaan Atas Talian

Anda boleh menghantar penyertaan secara online bermula dari:
1 - 14 November 2025

Hantarkan penyertaan anda ke email: seeni@ideaktiv.com

Format Penyertaan Atas Talian

Format Untuk Dokumen / Video Pitching (.mp4)
Hantar Dalam Bentuk PowerPoint Atau PDF (maksimum 10–12 slaid)

Format Dokumen
Tajuk Drama, Tagline & USP Masukkan juga satu ayat mengenai kelebihan unik (unique selling point) drama tersebut
Sinopsis Ringkasan cerita yang menarik (tidak melebihi 150 patah perkataan). Sorotkan konflik utama dan tona genre.
Karakter Utama Nama, umur, personaliti dan motivasi watak. Tekankan keperibadian dan sifat utama setiap watak.
Pecahan Episod Outline bagi kesemua 10 episod (1–2 baris setiap episod). Tunjukkan perkembangan jalan cerita sepanjang episod (terutamanya bahagian klimaks dan penamat).
Visual/Moodboard Papan mood, klip rujukan atau visual untuk menunjukkan gaya yang diinginkan. Sorotkan rupa dan rasa (look & feel) genre drama.
Pengenalan Ahli Kumpulan Pengarah, penulis skrip, penyunting, pelakon (jika sudah ditetapkan)

Syarat Penyertaan

  1. Mestilah berdaftar sebagai pelajar universiti / kolej di Malaysia (awam atau swasta)
  2. Pertandingan ini terbuka kepada penyertaan secara individu atau berpasukan.
  3. Hanya dua penyertaan dibenarkan untuk setiap individu / pasukan

Drama Anda Mestilah

Video anda mesti mengikut format seperti di bawah
-Vertical (9:16)
-1080 x 1920px
-25fps

Mempunyai 10 episode, berdurasi 2-3 minit
Total 10 episod mestilah 20 – 30 minit sahaja

Penggunaan bahasa adalah bebas. Tetapi wajib memasukkan sari kata Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris ke dalam video anda

Pilih satu (1) genre: Romantik Komedi, Romantik Horror, Komedi Horror, Kisah Benar

Bahan Pemasaran

Setiap pasukan perlu menyediakan bahan pemasaran seperti berikut:

  • Poster drama (menegak) bersaiz 1080x1350px (nisbah 4:5).
  • Teaser 10 saat dengan thumbnail (menegak) bersaiz 1080x1350px (nisbah 4:5).

  • Teaser 30 saat dengan thumbnail (menegak) bersaiz 1080x1350px (nisbah 4:5).

Penghantaran Drama

Peserta perlu menghantar video melalui pautan playlist YouTube tidak tersenarai (unlisted).

Dokumen Tambahan

  1. Breakdown kos produksi
  2. Salinan kad pengenalan (IC depan & belakang) Ketua Kumpulan sahaja
  3. Salinan header penyata bank (bank statement header) Ketua Kumpulan sahaja